Monday, November 23, 2009

::taman botanic, klang::

cantik pemandangan kat taman botanic ni. untung pada yang beli rumah2 kat sini. taman ni betul2 dekat dalam kawasan perumahan diorang.

dulu... harga2 umah kat sini masih lagi mampu utk dimiliki (utk golongan sederhana), tapi skang takde dah. smuanya berharga 1/2 juta dan ke atas. rasenya yg harga sejuta lebih pun ada...

taman botanic ni antara yg terawal wujud kat bukit tinggi klang. ni. dulu seingat aku, kawasan ni ladang kelapa sawit. tapi skang dah pesat membangun. memang happening tempat ni. smua ada. jusco, tesco, giant. semua kat sini.
teringat kata2 seorang kwn hubby, rugi siapa beli umah kat botanic tu. sbb tak laku.. haa. tgk skang, mesti dia kecur liur tgk memang happening dah tempat ni.

ini kali kedua aku & hubby singgah taman ni. tapi utk inas 1st time. cuaca agak mendung petang tu. cepat2 je amik gambar.
harap2 taman2 ni dapat dikekalkan keindahan dia. jgn dah buat lawa2, tapi maintenance tak de. rugi duit buat landskap tu.

last but not least, mesti la ke taman permainan kanak2. inas suker ler tu... hehe

Sunday, November 22, 2009

::makan-makan::

2 hari ni... keje aku makan je. kejap2 lapar. pantang nampak makanan, mesti aku nak makan. adakah aku sdg stress ni?

sebenarnya, aku tensen lama sgt tunggu gaji masuk. sbb tak sabar nak shopping. dalam fikiran aku ni dah bersusun benda yg aku KIV nak beli.

sbb tak dapat shopping, jadi.. kami keluar makan je la...

sabtu tu, hubby belanja makan kat cyberjaya, Seri Penang. dia kata, dia penah lunch kat sini & sedap. tu yg dia bawak aku & inas tu.kami makan tomyam ngan honey chicken orange, sedap hingga menjilat jari. kalah KFC tu..

tapi gambar tak amik. sbb inas masa ni lasak berlari ke sana ke mari. tegur2 meja sebelah. pastu ada satu benda yg buat aku bengang kat sini.

sori le terpaksa kutuk jugak. kalau ada anak pakcik makcik tu ke yg baca blog ni, kot sedara ke, mintak ampun dulu la. tapi sbb aku bengang, aku nak citer jugak la.

plz la,org melayu kite. amboi.. datang satu famili. duk sebelah meja aku.pastu buat muka sombong mak ai. agaknya selekeh sgt kitorang ni 3 beranak. sampai rasa hina sgt nak pandang. yang aku paling rase2 tak patut, inas pi ler tegur atok & nenek tu. inas gi meja dia.. then ckp german. pastu inas sengih2. uishhhh dorang buat tak reti je ok. cara dia buat tak reti tu sebijik mcm ada salesman jual jam tangan or org buta mintak sedekah. tak layan langsung okeh!!! bengang nyer aku. (ok la, aku pun cube lah think positif dgn menganggap, kedua2 suami isteri pangkat makcik tu buta & pekak). sbb tu la tak nampak anak aku yg peramah tu..

cukup la aku kutuk dorang. tambah dosa aku je... untuk pakcik makcik tu. kok ye pun duit berjuta2 dalam bank, jangan la sombong sgt. tak bwk de reta2 kamu tu... kalau ko senyum sket lg tambah pahala... haiiii la..

ok cukup la mengutuk tu.

ahad pun kami kuar makan lagi. kali ni kat Penang Nyonya lak. ni kat bukit tinggi klang. orang2 yg makan kat sini tak sombong. semua baik2. senyum2. tak macam yg semalam tu...

oder keu teow tomyam, nasi goreng cina & sambal telur. simple2 je smua. coz waktu ni dah petang.

inas mamam share ngan babah je. inas memang suka makan nasi grg cina. senang ibu dia.
"amboi, sedapnya minum jus tembikai... sejuk lak tu"

kesimpulannya,

aku tak masak 2 hari ni...hehehehe.... sbb aku nak standby masa raya haji nanti...so 2 hari ni aku cuti.

Thursday, November 19, 2009

::inas vs ibu inas::

Masa aku tgh belek2 gambar yang ada dalam phone aku ni, aku terjumpe satu gambar inas ni. Serius tak tipu sebijik mcm muka aku masa aku skolah rendah. Aku ada satu gambar yg memang muka aku iras2 mcm ni.

Inas oh inas... copy muka ibu ye inas? Good girl. Stay sweet ye sayang...

Bila dah belek photo album dalam phone ni rase sayang nak delete gambar2 yg ada. Walaupun ada yg tak semenggah, bergegar la, mcm2 lagi. Sayang nyer nak delete. (dah transfer dlm pc dah, tp stil nak keep dlm fon)

gambar lama inas & ibu

::belajarlah inas::

inas tgh belajar lipat baju.

untuk 1st stage ni, ibu bagi inas lipat baju inas sendri. sbb kecik mcm tgn inas jugak.

ni video inas lipat baju sambil layan Jangan Lupa Lirik. sambil lipat sambil layan TV sambil buat sepah umah. itu biasa la kan..

sori video gelap la, coz masa ni malam, ibu just pasang 1 lampu je. jimat electricity. :)

video

Wednesday, November 18, 2009

::kerana satu ayat::

seorang akak sepejabat bercerita ngan aku waktu lunch tadi...

dalam panjang2 berbual tu, aku tertarik ngan satu ayat dia..

kenapa lelaki suka kawen banyak ek???
(ni aku tnya...pas kami sembang2 pasal ex-bos dia yg beristeri 3)


"sebab lelaki suka la, 2-3 orang bersaing utk memenangi hati dia. "

secara automatik aku terus terpikir.....

mcm kite la skang ni, sorang.. takde saingan. kdg kite buat tak endah je. alpa je. lagi la kalau yg ada anak ramai, mana nak tgk anak lagi. nak kemas umah lagi.... ada betulnya kata2 akak tu.

lelaki suka dilayan & dibelai. orang yg berbini ramai tu mesti la bini2 dia bersaing utk rebut hati suami. maklum la, berkongsi....

mcm kite duk opis jugak. ada yg bos suka, ada yg bos tak suka. kite kat opis ni ramai.... ada mcm2 peel. ada yg suka bodek bos, ada yg buat tak kisah jer... bohong la kalau bos nak berlaku adil ngan smua org... ada ke mcm tu?

eh mcm 2 dalam 1 plak citer aku ari ni... sajer la korang nak share ngan korang apa yg sedang bermain di fikiran aku ni...

PSSTTT::
aku sdg duduk di opis, di meja aku.. di luar guruh berbunyi, cuaca bertukar mendung & ujan rintik2... bilik bos kosong... (patut la update blog ek?hehehe)

::khabar haji::

sebenarnya, aku pun tak penah tgk program khabar haji, astro oasis ni.

tapi pas aja astik bgtau, baru la aku tgk2. thanks aja yg sudi bgtau.

program ni sejam, mula jam 9.00mlm setiap hari.

so sesapa yg ada mak abah, sedara ke yg gi haji, leh la tgk program ni.

sabtu lepas, diorang tunjuk la mak abah aku... hehehe. walaupun tak ditemu ramah, ada la nampak muka diorang. hehe.

moga2 sihat2 la belaka hendaknya..

Monday, November 16, 2009

::mari la lari di padang::

hai kawan-kawan,

nama saya... inas dhamirah. umur saya... 1 thn 5 bulan. saya sudah mahir berjalan malah sudah pun berlari. saya lari agak laju juga. kadang2, tak stabil tersembam jugak.

saya ni kecik molek. berat saya 10.2kg. saya kelihatan kurus tetapi saya sgt licik.

suatu petang, ibu & babah bawa saya ke padang.

wah seronok sakan la saya.

lihat ini, babah memandang ke tempat lain, walhal saya di belakangnya! sungguh dia tak perasan. sbb saya lari laju ke ke sana ke mari.

ibu nak amik photo pun susah. sudah la ibu tu gemuk, ke hulur ke hilir hasilnya tak seberapa.

sepanjang di padang keje saya berlari aje. seronok betul!

haaa.... tak cukup berlari, saya suka memanjat juger!

ini je aksi2 saya yg sempat ibu rakam.

eleh, tu pun lepas saya dah letih sket.

PSSTTT::
jgn nak eksen sgt inas... balik tu dia terus babam awal. kul 7 dah babam ok... penat giler la tu...